POLIS RAMPAS GANJA BERNILAI RM750,000 DI BUKIT MERTAJAM

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Penguatkuasaan Undang-undang)

Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Perlis bersama-sama JSJN Bukit Aman dan JSJN Pulau Pinang berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah selepas merampas 300 kilogram (kg) ganja bernilai RM750,000 yang dipercayai diseludup dari Thailand dan menahan dua individu dalam serbuan di Taman Impian, Bukit Mertajam pada 16 Julai lalu.

Pihak polis menerima maklumat berhubung kegiatan itu dan sindiket terbabit dipercayai menyeludup masuk ganja melalui jalan laut di dalam kawasan Thailand seterusnya menggunakan pengangkut melalui jalan darat dengan van di Padang Besar, Perlis.

Pihak polis kemudiannya mengadakan serbuan terhadap sebuah rumah di Taman Impian. Pemeriksaan ke atas rumah itu menemukan 300 kg ganja bernilai RM750,000 yang disembunyikan di dalam kediaman tersebut. Polis turut menahan seorang lelaki berusia 41 tahun dan wanita warga Indonesia berusia 37 tahun yang berada di rumah itu ketika serbuan dan menyita sebuah motosikal bernilai RM2,800.

Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Sumber : Harian Metro

Artikel/Berita Terkini

𝗢𝗣𝗘𝗥𝗔𝗦𝗜 𝗥𝗔𝗠𝗣𝗔𝗦𝗔𝗡 𝗧𝗘𝗥𝗡𝗔𝗞𝗔𝗡 𝗟𝗘𝗠𝗕𝗨 𝗦𝗘𝗖𝗔𝗥𝗔 𝗛𝗔𝗥𝗔𝗠

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Satu operasi …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐊𝐓𝐈𝐕𝐈𝐓𝐈 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐀𝐓𝐊𝐔𝐀𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐊𝐏𝐃𝐍

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Pemeriksaan Ops …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut