PENGUATKUASAAN BERTERUSAN OLEH KPDNHEP NEGERI PULAU PINANG

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Penguatkuasaan Undang-undang)

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Negeri Pulau Pinang serta pejabat cawangan Seberang Perai Utara dan Timur Laut meneruskan pemerkasaan aktiviti penguatkuasaan pada 20 Julai 2022, membabitkan 126 premis keseluruhannya.

Enam (6) Pegawai Penguatkuasa KPDNHEP Pulau Pinang telah menjalankan Pemeriksaan Ops ATM, Pemeriksaan Peniaga Yang Menjalankan Perniagaan Atas Talian, Pemeriksaan Tanda Harga dan Pemeriksaan Alat Timbang Sukat di 42 buah premis premis sekitar Jalan Baru, Seberang Jaya, Alma dan Bukit Minyak.

Sementara itu, KPDNHEP Daerah Timur Laut pula telah memeriksa sebanyak 80 premis perniagaan di sekitar Bayan Baru merangkumi akta-akta yang dikuatkuasakan di bawah kementerian. Selain itu, empat (4) Pegawai Penguatkuasa KPDNHEP Daerah Seberang Perai Utara turut menjalankan operasi penguatkuasaan di empat (4) premis sekitar Butterworth.

Orang ramai disaran melaporkan sebarang salah laku dan aduan berkaitan penggunaan melalui talian telefon 04-2552456 (KPDNHEP Cawangan Timur Laut) dan 04-5751703 (KPDNHEP Cawangan Seberang Perai Utara).

Sumber : FB KPDNHEP Pulau Pinang

Artikel/Berita Terkini

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut

PPSPM TAWAR PLATFORM IKLAN PADA BOT MELAKA RIVER CRUISE

Bandaraya Melaka – Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) semakin agresif dalam mempelbagaikan sumber pendapatannya termasuk menerusi tawaran ruang …
Maklumat Lanjut