OPERASI BERSEPADU KPDNHEP CAWANGAN GUA MUSANG BERSAMA JPJ GUA MUSANG KELANTAN

 

GUA MUSANG 20 Julai : Pegawai Penguat Kuasa KPDNHEP Cawangan Gua Musang telah menjalankan Operasi Bersepadu bersama Jabatan Pengangkutan Jalan di Sekatan Jalan Raya, Stesen Penguat Kuasa JPJ Mentara, Gua Musang Kelantan disini hari ini.
Operasi bersepadu ini dijalankan melibatkan pemeriksaan barang kawalan berjadual dibawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Akta yang dikuatkuasakan KPDNHEP. Turut diadakan pemeriksaan ke atas kenderaan perdagangan yang melalui SJR semasa operasi dijalankan.
KPDNHEP Cawangan Gua Musang sentiasa bekerjasama dengan semua agensi bagi memperkasakan lagi keberadaan Pegawai Penguat Kuasa dalam membanteras ketirisan barang kawalan di pintu masuk antara negeri.
Keadaan di Sekatan Jalan Raya kurang kenderaan yang menghala keluar dan masuk ke Negeri Kelantan melalui Merapoh, Pahang dan pemeriksaan tahan secara fokus kepada kenderaan yang dicurigai telah dijalankan ke atas kenderaan perdagangan yang melalui SJR.

Artikel/Berita Terkini

PENDUDUK BANTAH ‘PROJEK HARAM’ PUSAT PERLINDUNGAN ANJING LIAR

Sebuah pusat perlindungan anjing liar didakwa dibina secara haram oleh sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di tanah rizab kerajaan di …
Maklumat Lanjut

PENIAGA RUGI RM677,000 DIPERDAYA SKIM PELABURAN TIDAK WUJUD

Seorang peniaga makanan sejuk beku di Nilai mengalami kerugian lebih RM677,000 selepas terpedaya dengan skim pelaburan perniagaan atas talian dipercayai …
Maklumat Lanjut

PROGRAM COMMUNITY BASED SECURITY MANAGEMENT (CBSM) BERSAMA IPD JELEBU

3 Julai 2025: Majlis Keselamatan Negara Negeri Sembilan mengambil inisiatif untuk melaksanakan program bersama Pegawai Kanan Polis dan Pegawai Rendah …
Maklumat Lanjut