KUALA LUMPUR: KE ARAH BANDAR RENDAH KARBON

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur sentiasa komited dalam memastikan hasrat untuk menjadi Kuala Lumpur sebagai bandar raya bebas karbon pada tahun 2050 terlaksana.

Dalam merealisasikan impian tersebut DBKL telah mengambil inisiatif dengan memberikan pas MY50 kepada kakitangan DBKL secara percuma.

Tujuan inisiatif ini dijalankan adalah untuk menggalakkan kakitangan DBKL menggunakan kenderaan awam ke tempat kerja dan dalam melakukan aktiviti seharian dan secara tidak langsung dapat mengurangkan pelepasan karbon di bandaraya Kuala Lumpur.

Berikut merupakan gambar kakitangan DBKL yang tidak melepaskan peluang untuk mendaftar bagi menikmati kemudahan yang disediakan ini.

#KeluargaMalaysia

#KLBandarUntukSemua

#KL50

 

SUMBER: FB DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPURĀ https://www.facebook.com/dbkl2u

Artikel/Berita Terkini

PENDUDUK BANTAH ‘PROJEK HARAM’ PUSAT PERLINDUNGAN ANJING LIAR

Sebuah pusat perlindungan anjing liar didakwa dibina secara haram oleh sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di tanah rizab kerajaan di …
Maklumat Lanjut

PENIAGA RUGI RM677,000 DIPERDAYA SKIM PELABURAN TIDAK WUJUD

Seorang peniaga makanan sejuk beku di Nilai mengalami kerugian lebih RM677,000 selepas terpedaya dengan skim pelaburan perniagaan atas talian dipercayai …
Maklumat Lanjut

PROGRAM COMMUNITY BASED SECURITY MANAGEMENT (CBSM) BERSAMA IPD JELEBU

3 Julai 2025: Majlis Keselamatan Negara Negeri Sembilan mengambil inisiatif untuk melaksanakan program bersama Pegawai Kanan Polis dan Pegawai Rendah …
Maklumat Lanjut