JAWI SANTUNI GOLONGAN ASNAF WANITA SEKITAR KARIAH MASJID AR RAHIMAH, KAMPUNG PANDAN

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, JAWI melalui Bahagian Pengurusan Dakwah dengan kerjasama Masjid Ar Rahimah, Kampung Pandan, Kuala Lumpur telah mengadakan Program Menyantuni Wanita bagi tahun 2022 pada 16 Julai 2022.

Majlis dimulakan dengan Kuliah Dhuha bertajuk “Wanita Madrasah Ummah” yang disampaikan oleh Ustaz Abdullah bin Hashim, KADER Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur(DBKL). Majlis seterusnya diteruskan dengan ucapan alu-aluan oleh YBrs. Tuan Haji Md Shah bin Hasim A.M.N, Pengerusi Masjid Ar Rahimah dan disusuli dengan ucapan perasmian oleh Puan Hajjah Khatijah binti Abd Rahman, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pengurusan Dakwah, JAWI.

Majlis diteruskan lagi dengan sesi penyampaian sumbangan berupa barang keperluan asas yang disempurnakan oleh Puan Hajjah Khatijah binti Abd Rahman mewakili Pengarah JAWI kepada 44 orang asnaf wanita. Semoga usaha ini diberkati Allah s.w.t. dan sumbangan seumpama ini sedikit sebanyak meringankan beban dan memberi manfaat kepada mereka yang berkaitan.

Pada majlis yang sama juga, pihak pengurusan masjid turut mengadakan penyampaian cenderahati kepada para pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM 2021 yang lalu di kalangan anak-anak kariah masjid. Semoga ia dapat menjadi motivasi kepada mereka untuk lebih berjaya di masa akan datang dan inspirasi kepada anak-anak yang lain.

 

SUMBER: FB JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN – JAWI  https://www.facebook.com/JAWIWP

Artikel/Berita Terkini

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut

PPSPM TAWAR PLATFORM IKLAN PADA BOT MELAKA RIVER CRUISE

Bandaraya Melaka – Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) semakin agresif dalam mempelbagaikan sumber pendapatannya termasuk menerusi tawaran ruang …
Maklumat Lanjut