DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Pengurusan Bencana)
Angkatan Pertahanan Awam (APM) Unit Tanjung Bungah telah membuat pemantauan di dua (2) lokasi yang berpontensi berlakunya banjir kilat iaitu kawasan sekitar Sungai Batu Ferringhi dan Sungai Teluk Bahang pada 12 Julai 2022.
Berdasarkan analisis model MET Malaysia Weather Research and Forecasting Model (MET-WRF), European Centre for Medium-Range Weather Forecasts (ECMWF) dan Global Forecast System (GFS), satu sistem cuaca tekanan rendah di barat Filipina dijangka bergerak menuju ke timur Vietnam dalam tempoh 9 -13 Julai 2022. Keadaan ini berpotensi membawa angin baratan yang kuat dan boleh menyebabkan kejadian garis badai, seterusnya mengakibatkan hujan lebat berserta ribut petir dan angin kencang di negeri-negeri utara Semenanjung dalam tempoh 11 โ 13 Julai 2022.
Orang awam adalah dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan semua media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih. Serentak itu juga, semua agensi yang berkaitan sentiasa berada dalam keadaan siap siaga untuk bantuan menyelamat jika berlaku sebarang situasi kecemasan di kawasan-kawasan yang berkenaan.
Sumber : APM Unit Tg. Bungah & ย Malaysian Meteorological Department