KPKB WUJUDKAN KONSORTIUM PROSES MAKANAN TERNAKAN ORGANIK

 

KOTA BHARU – Kerajaan Negeri Kelantan melalui agensinya, Kumpulan Pertanian Kelantan Berhad (KPKB) terus bertindak pro aktif membantu warga tani di Kelantan mengatasi isu kenaikan harga bekalan makanan ternakan dengan menyediakan makanan alternatif yang diproses secara organik.
Exco Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, YB Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail berkata Kerajaan Negeri sangat peka terhadap situasi kenaikan harga barang yang turut menjejaskan keupayaan petani menyimpan stok dedak ternakan ruminan, ayam dan ikan.
Menurutnya, empat badan bukan kerajaan (NGO) dipilih sebagai konsortium untuk membuat, memproses dan membekal makanan alternatif secara organik kepada penternak ayam dan ikan di seluruh Kelantan.
“Kerajaan Negeri memperuntukkan RM200 ribu untuk memperkasakan pertanian organik di Kelantan. Sebagai permulaan, empat NGO dipilih menjadi pelopor menerima sumbangan RM10 ribu untuk setiap persatuan. KPKB dan Jabatan Pertanian Kelantan akan memantau proses mereka menyediakan secara kolektif penghasilan makanan ayam dan ikan berasaskan bahan organik seperti azola, jagung, ketum ayam, serbuk cendawan dan daun remunggai (moringa) serta banyak lagi sisa dapur yang boleh diformulakan menjadi makanan ternakan melalui teknik kitar semula.

Artikel/Berita Terkini

BINA BENTENG ATASI BANJIR BERULANG DI KAMPUNG BELIMBING DALAM

Durian Tunggal – Masalah banjir kerap melanda Kampung Belimbing Dalam mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, Datuk …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut