BANTERAS PENYELUDUP MINYAK MASAK

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Penguatkuasaan Undang-undang)

Minyak masak paket bersubsidi bukan hanya menjadi rebutan pengguna domestik dan peniaga kecil, malah kekurangan bekalannya di pasaran turut berpunca daripada aktiviti ketirisan seperti penyeludupan.

Sehubungan itu, dilaporkan menerusi akhbar  Sinar Harian, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) bersama dengan agensi-agensi penguat kuasa bekerjasama bagi membanteras isu penyeludupan minyak masak peket bersubdisi di sempadan tanah air.

Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, beberapa strategi sedang dirangka termasuk menubuhkan jawatankuasa untuk mengesan kegiatan haram berkenaan. Menurutnya, ia termasuk kerjasama daripada pelbagai pihak seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dan sebagainya bagi membantu membanteras isu tersebut.

Artikel/Berita Terkini

600 ANJING TERBIAR DITANGKAP SETAKAT MEI – MBS

Sebanyak 600 ekor anjing terbiar telah berjaya ditangkap oleh kontraktor yang dilantik Majlis Bandaraya Seremban (MBS) dalam tempoh lima bulan …
Maklumat Lanjut

PROGRAM SEKOLAH ANGKAT MADANI

 Inisiatif ini menghimpunkan tenaga Kerajaan MADANI, Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan, Syarikat Berkaitan Kerajaan dan sektor swasta.  Setiap organisasi yang mengambil …
Maklumat Lanjut

BELI RUMAH MAMPU MILIK BANTU ASNAF DI BAWAH RUMAH MAWADDAH

Kerajaan negeri melalui Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) merancang pembelian rumah mampu milik untuk bantuan perumahan asnaf di bawah …
Maklumat Lanjut