36 NELAYAN DARAT TERIMA SUMBANGAN RM140 RIBU

 

PASIR MAS – Kerajaan Negeri Kelantan melalui portfolio Exco Pertanian terus menyalurkan pelbagai sumbangan untuk kesejahteraan masyarakat.
Terkini, penternak ikan di bawah Persatuan Komuniti Perikanan Sungai To’ Uban menerima peruntukan RM 140 ribu bagi menampung keperluan pembinaan sangkar ikan.
Exco Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, YB Tuan Saripudin Tuan Ismail menyampaikan sumbangan tersebut kepada 36 nelayan darat di Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Chetok, hari ini.
“Bermula 2019, Kerajaan Negeri Kelantan memperuntukkan RM140 ribu hingga RM150 ribu bagi meningkatkan kapasiti pengeluaran ikan air tawar di kawasan perairan tersebut.
“Oleh itu, kita mensasarkan setiap penternak akan menerima tambahan empat petak sangkar ternakan ikan selepas menerima sumbangan di bawah peruntukan pembangunan perikanan dan akuakultur negeri Kelantan melalui kerjasama Pejabat Pusat Khidmat Dun Chetok”, katanya.
Beliau berpuas hati dengan pengingkatan jumlah anak muda menceburi bidang ini bermula sekitar 10 penternak yang menerima peruntukan awal pada ketika itu, bertambah menjadi 77 penternak berdaftar di bawah Jabatan Perikanan Negeri Kelantan.
Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chetok, YB Zuraidin Abdullah dan Pegawai Perikanan Negeri Kelantan, Maznah Yusoff.

Artikel/Berita Terkini

26 VAN SEKOLAH TANPA PERMIT DIKESAN DI NEGERI SEMBILAN

Segelintir pengusaha kenderaan sekolah dikesan menjalankan operasi tanpa permit sah, termasuk mengubah suai van persendirian menjadi van sekolah, sekali gus …
Maklumat Lanjut

HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA 2025

 Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni Tema rasmi #HKHM2025 menzahirkan tekad kerajaan untuk mendahulukan rakyat   Berteraskan nilai kemanusiaan, kesejahteraan & keadilan  Seimbang …
Maklumat Lanjut

TEMA DAN LOGO HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA 2025

DBOOK PENERANGAN | TEMA DAN LOGO HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA 2025 https://dbook.penerangan.gov.my/dbook/?product=tema-logo-hari-kebangsaan-dan-hari-malaysia-2025 #DbookPenerangan #HKHM2025 #MalaysiaMADANI #RakyatDisantuni #TaatSetia …
Maklumat Lanjut