PASIR PUTIH 03 Julai : YBrs. Tuan Aswadi bin Jaafar, Ketua Pegawai Penguat Kuasa Negeri, KPDNHEP Negeri Kelantan, membuat pemantauan dan pemeriksaan ke atas pasaraya, pembungkus dan peruncit bagi barangan minyak masak paket polybag 1kg bersubsidi di Pasir Putih, Kelantan petang ini.
Dalam pada itu, YBrs. Tuan KPPN bersama pasukan membuat pemantauan dan pemeriksaan di peringkat Pasaraya & Peruncit di sekitar Pasaraya Econsave dan Pasaraya Pantai Timur, Pasir Putih dan sekitar.
Tindakan tegas akan diambil terhadap peniaga yang gagal mematuhi peraturan-peraturan di bawah perundangan KPDNHEP serta arahan semasa yang dikeluarkan oleh kerajaan.
KPDNHEP menyeru pihak peniaga tidak sewenang-wenangnya memanipulasi harga serta bekalan ketika bekalan beberapa barangan mendapat permintaan tinggi pengguna sekarang ini.
KPDNHEP Kelantan menasihatkan pengguna sebarang permasalahan berkaitan harga bekalan agar menyalurkan kepada kami melalui saluran rasmi iaitu https://eaduan.kpdnhep.gov.my, emel e-aduan@kpdnhep.gov.my, call centre 1 800 886 800, Pusat Arahan Penguatkuasaan (Enforcement Command Centre 03-8882 6088/6245, Aplikasi telefon pintar Ez ADU KPDNHEP dan Whatapps 019-279 4317, 019-848 8000 atau menghubungi KPDNHEP Negeri Kelantan dan 4 KPDNHEP Cawangan di Daerah Pasir Mas, Tanah Merah, Kuala Krai dan Gua Musang.