APMM CEKUP 37 PATI CUBA MENYUSUP MASUK KE NEGARA INI

Gambar Hiasan

KUALA LINGGI – Cubaan 37 pendatang tanpa izin (PATI) warga Bangladesh menyusup masuk ke negara ini gagal selepas bot dinaiki ditahan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) di perairan Kuala Sepang, Selangor awal pagi semalam.

Pengarah Maritim Negeri Melaka dan Negeri Sembilan, Kepten Maritim Iskandar Ishak berkata, semua PATI berusia 18 hingga 46 tahun ditahan apabila Sistem Pengawasan Laut (SWASLA) Maritim Malaysia mengesan sebuah bot pacung dalam keadaan mencurigakan memasuki perairan negara sekitar jam 11 malam kelmarin.

Berikutan itu katanya, bot peronda APMM yang sedang melaksanakan Ops Benteng Laut bergegas ke lokasi sebelum menahan sebuah bot pancung berwarna kelabu tanpa nombor pendaftaran dikedudukan kira-kira 1.2 batu nautika barat daya Kuala Sepang, Selangor pada jam 1 pagi semalam.

ANTARA PATI ditahan dalam bot pancung di perairan Kuala Sepang. Foto APMM

“Pemeriksaan mendapati bot berkenaan menggunakan dua enjin sangkut jenis Yamaha 200 kuasa kuda dan seramai 41 orang lelaki termasuk empat lelaki warga Indonesia dipercayai tekong dan awak-awak berada dalam bot berkenaan.

“Semua lelaki terbabit gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah ketika diperiksa,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Mengulas lanjut, beliau berkata susulan itu bot yang membawa semua PATI, tekong dan awak-awak diiring sebelum dibawa ke Jeti Maritim Negeri Melaka dan Negeri Sembilan untuk tindakan lanjut.

“Kes disiasat di bawah Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 dan Akta Imigresen 1959/63 kerana melakukan aktiviti penyeludupan migran dan memasuki Malaysia melalui pintu yang tidak diwartakan,” katanya.

 

Sumber : Melaka Hari Ini

Artikel/Berita Terkini

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut

PPSPM TAWAR PLATFORM IKLAN PADA BOT MELAKA RIVER CRUISE

Bandaraya Melaka – Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) semakin agresif dalam mempelbagaikan sumber pendapatannya termasuk menerusi tawaran ruang …
Maklumat Lanjut