MPPOK PERTINGKAT ILMU PENGURUSAN MAKLUMAT

 

PASIR PUTEH – Menyedari kepentingan Revolusi Industri 4.0 atau IR4.0 yang menggunakan aplikasi pintar dan moden, Pusat Kajian Strategik Negeri Kelantan (PKS) dengan kerjasama Majlis Persefahaman Pertubuhan OKU Negeri Kelantan (MPPOK) telah menganjurkan Bengkel Pengurusan Maklumat OKU Negeri Kelantan 2022 bertempat di Jeram Mengaji Agro Resort (JMAR), Isnin lepas.
Menurut Pengarah PKS, Dr Wan Nik Wan Yussof, program ini telah berjaya menarik kehadiran 47 peserta yang terdiri daripada Presiden MPPOK, Mohd Ramli Abd Rahman, Penyelaras OKU Negeri, Mohd Razali Md Din bersama 15 orang Kepimpinan Jawatankuasa MPPOK Negeri dan 14 Penyelaras Parlimen OKU (PPO) serta wakil daripada Skuad Upaya.
“Tiga slot pengisian dalam bengkel tersebut menumpukan kepada Pengurusan Maklumat, Proses Data dan Pelan Strategik Pengurusan Maklumat. Diharapkan hasil bengkel ini dapat memaksimakan lagi pengurusan dan peranan MPPOK sebagai rakan strategik Kerajaan Negeri dalam menjaga kebajikan warga Orang Kelainan Upaya (OKU) terutama diperingkat DUN dan mukim-mukim” katanya.
Hadir sama ialah Pengarah Urus Setia Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita U-KeKWa, Ilvira Mohd Dasuki dan Penasihat MPPOK, Mohamad Faizal Che Yusof

Artikel/Berita Terkini

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut

PPSPM TAWAR PLATFORM IKLAN PADA BOT MELAKA RIVER CRUISE

Bandaraya Melaka – Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) semakin agresif dalam mempelbagaikan sumber pendapatannya termasuk menerusi tawaran ruang …
Maklumat Lanjut