KAK TAZ MEMANG ULAT BUKU – EXCO PEMBANGUNAN KELUARGA

 

KOTA DARULNAIM – Exco Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita Negeri Kelantan, YB Dato’ Mumtaz Md Nawi mengaku beliau memang ulat buku sejak kecil.
Katanya, sebarang tulisan yang ditemui akan dibaca dulu barulah makan atau membuat kerja lain.
“Kak Taz memang ulat buku dan sangat minat membaca sejak kecil.
Pesta buku antara tempat kegemaran, sampai suami Kak Taz runsing kalau Kak Taz ke sana lebih daripada risau Kak Taz ke tempat lain sebab mampu habis banyak duit untuk beli buku”, katanya mengulas tentang Pesta Buku Kelantan 2022 yang mendapat sambutan baik daripada ibu bapa dan anak-anak.
“Keluarga membaca dapat membentuk peribadi yang elok dari aspek pembangunan rohani, emosi dan jasmani. Jadikanlah buku sebagai sahabat karib, bukannya gajet”, pesannya.
Tambahnya, kuasa ilmu dan informasi yang diperolehi melalui pembacaan boleh menjadikan seseorang bilionair.
Para pengunjung juga berpeluang mengikuti pelbagai aktiviti menarik yang disediakan di pentas utama dan di reruai pameran sehingga 2 Julai depan, dari pukul 10 pagi hingga 10 malam.

Artikel/Berita Terkini

600 ANJING TERBIAR DITANGKAP SETAKAT MEI – MBS

Sebanyak 600 ekor anjing terbiar telah berjaya ditangkap oleh kontraktor yang dilantik Majlis Bandaraya Seremban (MBS) dalam tempoh lima bulan …
Maklumat Lanjut

PROGRAM SEKOLAH ANGKAT MADANI

 Inisiatif ini menghimpunkan tenaga Kerajaan MADANI, Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan, Syarikat Berkaitan Kerajaan dan sektor swasta.  Setiap organisasi yang mengambil …
Maklumat Lanjut

BELI RUMAH MAMPU MILIK BANTU ASNAF DI BAWAH RUMAH MAWADDAH

Kerajaan negeri melalui Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) merancang pembelian rumah mampu milik untuk bantuan perumahan asnaf di bawah …
Maklumat Lanjut