PENANDAAN & PENGUKURAN SEMPADAN BAGI WP KUALA LUMPUR, WP PUTRAJAYA DENGAN NEGERI SELANGOR DIMETERAI

YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Mohd Zuki bin Ali, Ketua Setiausaha Negara telah menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) bagi kerja-kerja penandaan dan pengukuran sempadan negeri bagi Sektor Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur-Selangor dan Sektor Wilayah Persekutuan Putrajaya-Selangor pada 24 Jun 2022. YBhg. Datuk Seri Hajah Rosida binti Jaafar, Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan turut bersama bagi sesi pemeteraian Perjanjian Persefahaman ini.

Melalui MoU ini urusan penandaan dan pengukuran sempadan negeri di antara Wilayah Persekutuan dan Negeri Selangor dapat dijalankan. Inisiatif ini akan dapat menyelesaikan 18 Outstanding Boundaries Problem di WP KL-Selangor dan 6 bagi WP Putrajaya-Selangor supaya isu penguatkuasaan dan isu kutipan cukai antara kedua-dua negeri dapat dilaksanakan dengan lebih tersusun.

 

SUMBER: FB KEMENTERIAN WILAYAH PERSEKUTUANΒ https://www.facebook.com/KemWP

Artikel/Berita Terkini

LEBIH 90 PERATUS MYKIOSK DI NEGERI SEMBILAN SUDAH DIISI

Lebih 90 peratus kios MyKiosk di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) di Negeri Sembilan telah diisi dengan peniaga …
Maklumat Lanjut

TEMA HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA 2025

MALAYSIA MADANI: RAKYAT DISANTUNI dipilih sebagai tema sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2025. RASIONAL TEMA Cerminan visi kerajaan …
Maklumat Lanjut