LAGI RAKAN JALANAN DISELAMATKAN

KUALA LUMPUR, 24 JUN 2022 – Satu Operasi Menyelamatkan Gelandangan (Rakan Jalanan) oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan agensi sahabat telah dilaksanakan pada bermula dari jam 11.00 malam 24 Jun 2022 (Jumaat) sehingga awal pagi Sabtu 25 Jun 2022.

Agensi sahabat yang terlibat adalah PDRM, APAM, YKN, JKM, JIM, AADK dan AFSB berjumlah 82 orang keseluruhan.

Beberapa lokasi tumpuan (hotspot) telah disasarkan dengan penemuan beberapa orang Rakan Jalanan iaitu Masjid India (6),Masjid Jamek (3), SEGI College, Maybank Jejantas Pudu(4), Mydin Jalan Silang (, Jalan Petaling, Bus Stand Klang, Bangkok Bank (16), Jejantas Brickfields (1), Masjid Negara, Jejantas Chow Kit, CIMB Alka Ria(1) dan Jejantas Jalan TAR( 2).

Sebahagian Rakan Jalanan ini telah dipindahkan ke Anjung Kelana, Taman Desa iaitu 14 lelaki (Melayu- 8 orang, Cina- 3 orang dan India – 3 orang). Manakala seramai 20 lelaki dan 3 wanita dilepaskan semula. Seramai 4 gelandangan warga asing dibawa oleh pihak Imigresen untuk tindakan lanjut. Sejumlah 41 orang Rakan Jalanan (37 lelaki dan 4 wanita) telah diselamatkan dalam operasi siri 2/2022 ini. Ianya akan diteruskan dari semasa ke semasa.

#klbandarku

#klbandaruntuksemua

#kl50

 

SUMBER: FB DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR https://www.facebook.com/dbkl2u

Artikel/Berita Terkini

WANITA MENGAKU TAK SALAH SEDIA KHIDMAT KLINIK GIGI HARAM

Seorang wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan iaitu menjalankan amalan pergigian dan menyediakan klinik …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut

POLIS TEMBAK MATI 2 PENJENAYAH KES SAMUN, EDAR DADAH DI NILAI

Dua penjenayah bersenjata yang dipercayai terbabit dalam lebih 70 kes samun di tiga negeri mati ditembak polis di kawasan parkir …
Maklumat Lanjut