635 LITER MINYAK PETROL DAN DIESEL DISYAKI UNTUK PENYELUDUPAN BERJAYA DITAHAN POLIS MARIN

 

RANTAU PANJANG : Sepasukan Pegawai Polis Marin Wilayah Tiga telah menjalankan Operasi Bersepadu bersama Cawangan Perisikan/Siasatan Khas dan PGA Briged Tenggara di sini.
Tangkapan terhasil berdasarkan maklumat risikan iaitu sebuah kawasan yang mencurigakan dikesan semasa pemantauan membanteras penyelewengan dan penyeludupan barang kawalan dijalankan sekitar sempadan.
Seorang lelaki warga tempatan telah ditahan dan hasil pemeriksaan mendapati suspek gagal mengemukakan surat dan permit kebenaran daripada pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).
Sejumlah tong jerikin minyak petrol dan diesel anggaran kuantiti 635 liter disyaki untuk diseludup ke negara jiran dijumpai bersama sebuah kenderaan berpendaftaran Malaysia dengan nilai rampasan barangan kawalan anggaran sebanyak RM 8,000.00.
Kemudian lelaki tersebut ditahan dan dibawa ke Markas Operasi PPMW3 Pengkalan Kubor dan seterusnya kes diserahkan kepada KPDNHEP Kelantan untuk tindakan lanjut. Nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM 12,632.50. Kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

Artikel/Berita Terkini

PENDUDUK BANTAH ‘PROJEK HARAM’ PUSAT PERLINDUNGAN ANJING LIAR

Sebuah pusat perlindungan anjing liar didakwa dibina secara haram oleh sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di tanah rizab kerajaan di …
Maklumat Lanjut

PENIAGA RUGI RM677,000 DIPERDAYA SKIM PELABURAN TIDAK WUJUD

Seorang peniaga makanan sejuk beku di Nilai mengalami kerugian lebih RM677,000 selepas terpedaya dengan skim pelaburan perniagaan atas talian dipercayai …
Maklumat Lanjut

PROGRAM COMMUNITY BASED SECURITY MANAGEMENT (CBSM) BERSAMA IPD JELEBU

3 Julai 2025: Majlis Keselamatan Negara Negeri Sembilan mengambil inisiatif untuk melaksanakan program bersama Pegawai Kanan Polis dan Pegawai Rendah …
Maklumat Lanjut