MAIWP BANTU BAIKI RUMAH ENCIK KAMARUL BIN MOHD ARIS DI KAMPUNG RANCA-RANCA LAUT WP LABUAN

MAIWP BANTU BAIKI RUMAH ENCIK KAMARUL BIN MOHD ARIS DI KAMPUNG RANCA-RANCA LAUT WP LABUAN
WP LABUAN – MAIWP Labuan telah menyantuni ahli keluarga Encik Kamarul bin Mohd Aris, 30 tahun di rumah kediamannya di Kampung Ranca-Ranca Laut WP Labuan.
Hasil lawatan dan pemeriksaan visual pihak MAIWP ke rumah beliau sebelum ini mendapati hampir keseluruhan bumbung, sebajagian siling rumah, lantai dan bilik air/tandas telah mengalami kerosakan teruk.
Permohonan beliau untuk membaiki rumah telah diluluskan melalui Mesyuarat Jawatankuasa Baitulmal (JKB) MAIWP di Kuala Lumpur berjumlah RM35,000.00 setelah kerja-kerja tapisan akhir siap dilaksanakan untuk pertimbangan.
Kerja2 pembaikan dilaksanakan oleh pihak kontraktor yang dilantik oleh MAIWP. Simbolik bantuan baiki rumah dan bakul makanan telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Radzaleih bin Matusin, Timbalan Pengurus Operasi MAIWP Labuan kepada anaknya bagi mewakili pihak ibunya.
SUMBER: MAIWP LABUAN

Artikel/Berita Terkini

600 ANJING TERBIAR DITANGKAP SETAKAT MEI – MBS

Sebanyak 600 ekor anjing terbiar telah berjaya ditangkap oleh kontraktor yang dilantik Majlis Bandaraya Seremban (MBS) dalam tempoh lima bulan …
Maklumat Lanjut

PROGRAM SEKOLAH ANGKAT MADANI

 Inisiatif ini menghimpunkan tenaga Kerajaan MADANI, Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan, Syarikat Berkaitan Kerajaan dan sektor swasta.  Setiap organisasi yang mengambil …
Maklumat Lanjut

BELI RUMAH MAMPU MILIK BANTU ASNAF DI BAWAH RUMAH MAWADDAH

Kerajaan negeri melalui Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) merancang pembelian rumah mampu milik untuk bantuan perumahan asnaf di bawah …
Maklumat Lanjut