KELAS TAFAQQUH MUNAKAHAT JAWI

KUALA LUMPUR , 21 JUN 2022 – Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga JAWI telah menganjurkan Kelas Tafaqquh Munakahat Bil. 3/2022 kepada Penolong Pendaftar Nikah, Cerai dan Ruju’ Wilayah Persekutuan di Dewan Syaharan, Masjid Negara, Jalan Perdana, 50676 KL.

Ceramah bertajuk “Persoalan Wali Pernikahan dan Iddah Wanita Siri 2” telah disampaikan oleh Us Ahmad Lutfi Bin Muharam, Penceramah “Tahsinul Ibadah” Radio IKIM. Kitab rujukan yang digunakan adalah “Rahsia Memahami Hukum Pernikahan”, terjemahan daripada kita asal “Al-Miftahu Li Babil Nikah”, karya Al-Habib Muhammad Bin Salim Bin Hafizh.

Kelas ini diadakan bertujuan untuk memberi kefahaman kepada Pendaftar dan Penolong Pendaftar NCR WP berkaitan Fikh Munakahat Mazhab Imam As-Shafie. Program ini dihadiri hampir 80 orang PPNCR Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya. Turut hadir sama program ini adalah Us Rozimi Bin Zamri, KPNCR WP yang sebelumnya telah menyampaikan panduan dan nasihat kepada para peserta mengenai isu-isu yg berkaitan pengurusan NCR di Wilayah Persekutuan.

 

SUMBER: FB JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN – JAWI   https://www.facebook.com/JAWIWP

Artikel/Berita Terkini

BINA BENTENG ATASI BANJIR BERULANG DI KAMPUNG BELIMBING DALAM

Durian Tunggal – Masalah banjir kerap melanda Kampung Belimbing Dalam mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, Datuk …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut