ZBIC TANAH MERAH 290 EKAR FOKUS KEBERSAMAAN MASYARAKAT

 

TANAH MERAH – Program Jelajah Kelantanku Bersih bersempena pelancaran Zon Bersih, Indah dan Ceria (ZBIC) peringkat Majlis Daerah Tanah Merah (MDTM) berjaya disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Negeri Kelantan, YB Dr Izani Husin, semalam.
Menurutnya, ZBIC Tanah Merah berkeluasan 290 ekar itu merangkumi Pusat Bandar Tanah Merah bersempadan dengan Masjid Bandar, Taman Barakah, kaki Bukit Remah dan mengunjur sepanjang jalan sehingga ke Kubang Gali.
“ZBIC ini akan diberikan fokus khas dalam aspek kebersihan, keindahan dan keceriaan dengan menyasarkan kebersamaan masyarakat sebagai teras”, katanya.
Beliau mengulas lanjut, mendidik hati masyarakat bahawa kebersihan itu sebahagian daripada kehidupan adalah satu cabaran yang besar melalui slogan “Jupo Sapoh Kutip, Jange Tohok Koksey”.
Tambahnya, walaupun sebutannya ringkas tetapi kesannya sangat besar sekiranya semua pihak dapat menyahut seruan ini.
“Pengembelengan tenaga daripada masyarakat bersama-sama Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) amat diharapkan seterusnya dapat merealisasikan agenda Kelantanku Bersih ini dengan sebaiknya”, jelasnya.
Sempena pelancaran ZBIC MDTM juga, Dr Izani menanam pokok Tecoma Stans (Yellow Elder) iaitu pokok bunga rasmi MDTM dan turut menerima sumbangan tong kitar semula dari wakil CO-OP Bank Cawangan Tanah Merah.

Artikel/Berita Terkini

WANITA MENGAKU TAK SALAH SEDIA KHIDMAT KLINIK GIGI HARAM

Seorang wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan iaitu menjalankan amalan pergigian dan menyediakan klinik …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut

POLIS TEMBAK MATI 2 PENJENAYAH KES SAMUN, EDAR DADAH DI NILAI

Dua penjenayah bersenjata yang dipercayai terbabit dalam lebih 70 kes samun di tiga negeri mati ditembak polis di kawasan parkir …
Maklumat Lanjut