ECRL: 1,547 LOT TANAH DI KELANTAN SUDAH DIWARTAKAN

 

KOTA BHARU– Menteri Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA), Datuk Seri Takiyuddin Hassan memaklumkan bagi fasa pertama Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), 1,547 lot tanah di Kelantan sudah diwartakan mengikut Seksyen 8 Akta Pengambilan Tanah 1960.
Menurutnya, sehingga kini, urusan pengambilan tanah tersebut sudah selesai dilaksanakan oleh Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan (JKPTG) Kelantan.
“Secara keseluruhan, projek ECRL berjalan lancar termasuk dari segi proses pengambilan tanah dilaksanakan secara berfasa yang membabitkan jajahan Kota Bharu, Machang, Bachok dan Pasir Puteh. Saya berterima kasih kepada kerajaan negeri, Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) dan semua agensi yang terbabit dalam melancarkan pelaksanaan projek ECRL di Kelantan,” katanya semasa melawat tapak projek tersebut pada Khamis, 16 Jun.
Tambahnya, bagi fasa dua, JKPTG Kelantan sudah menerima permohonan pengambilan tanah membabitkan lot tambahan 109 lot di Machang, Bachok dan Pasir Puteh.
β€œPermohonan sudah diangkat kepada Pejabat Tanah dan Galian (PTG) negeri untuk mendapatkan kelulusan pihak berkuasa negeri sebelum diwartakan”, jelasnya.

Artikel/Berita Terkini

WANITA MENGAKU TAK SALAH SEDIA KHIDMAT KLINIK GIGI HARAM

Seorang wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan iaitu menjalankan amalan pergigian dan menyediakan klinik …
Maklumat Lanjut

POLIS TEMBAK MATI 2 PENJENAYAH KES SAMUN, EDAR DADAH DI NILAI

Dua penjenayah bersenjata yang dipercayai terbabit dalam lebih 70 kes samun di tiga negeri mati ditembak polis di kawasan parkir …
Maklumat Lanjut