26 DAPATAN EKSPEDISI LOJING BANTU TINGKATKAN EKOPELANCONGAN

 

KOTA BHARU – 26 hasil penyelidikan secara saintifik daripada ekspedisi yang dijalankan penyelidik dan pengkaji dari Universiti Putra Malaysia, Universiti Malaysia Kelantan dan Universiti Kebangsaan Malaysia serta pegawai jabatan kerajaan sangat membantu mempertingkatkan sektor ekopelancongan Kelantan.
Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan (Pengurusan) YM Tuan Zainal Abidin Tuan Yusuf berkata usaha tersebut penting untuk mengekalkan kawasan Hutan Simpan Kekal Lojing dan persekitarannya.
“Hutan Simpan Kekal Lojing terletak di pertemuan tiga negeri iaitu di bahagian baratnya bersempadan dengan Pahang manakala di bahagian timur pula bersempadan dengan Perak.
Lokasi ini berpotensi besar untuk dimajukan sebagai sektor ekopelancongan kerana alam semulajadinya yang menarik dan lokasinya boleh diakses dengan permit yang sah oleh Malim Gunung berdaftar”,
katanya ketika merasmikan majlis Penutup Seminar Ekspedisi Saintifik Pergunungan Lojing, Kelantan Tahun 2022 di Hotel The Grand Renai, hari ini.
Program anjuran Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan (JPNK) tersebut disertai para Dekan, Ketua Jabatan Sektor Awam, sarjana dan para penyelidik dari institusi pengajian tinggi awam Malaysia dan aktivis Persatuan Malim Gunung di seluruh Kelantan.

Artikel/Berita Terkini

WANITA MENGAKU TAK SALAH SEDIA KHIDMAT KLINIK GIGI HARAM

Seorang wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan iaitu menjalankan amalan pergigian dan menyediakan klinik …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut

POLIS TEMBAK MATI 2 PENJENAYAH KES SAMUN, EDAR DADAH DI NILAI

Dua penjenayah bersenjata yang dipercayai terbabit dalam lebih 70 kes samun di tiga negeri mati ditembak polis di kawasan parkir …
Maklumat Lanjut