PROGRAM ‘BRISK WALKING’ PERINGKAT BALAI POLIS BRICKFIELDS

KUALA LUMPUR – Bertempat di Pekan Brickfields Kuala Lumpur telah berlangsungnya Program ‘Brisk Walking’ peringkat Balai Polis Brickfields pada 17 Jun 2022. Program ini merupakan cetusan idea YDH Ketua Polis Daerah Brickfields yang berkehendak setiap Pegawai Kanan Polis (PKP) dan Pegawai Rendah Polis (PRP) terutama IPD Brickfields sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat serta beketerampilan menarik.

Program ini telah dikendalikan oleh Sub Insp Syed Nazeri bin Syed Zain bersama 7 orang PRP bertujuan untuk pihak Polis mendekati masyarakat seperti para pengusaha dan pekerja kedai, pengunjung serta pihak keselamatan dalam kawasan pusat membeli-belah.

Disamping itu juga, program ini bertujuan untuk orang awam dapat merasai kehadiran polis (Omnipresence) terutama kawasan tumpuan orang ramai serta memberikan tips-tips berkaitan pencegahan jenayah ketika berada di tempat tumpuan ramai. Program berakhir pada jam 5.00 petang.

 

SUMBER: FB POLIS BRICKFIELDS https://www.facebook.com/polisbrickfields

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …