KOTA BHARU – Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Kelantan (PKPNK) baru-baru ini telah menghasilkan pengeluaran sayuran berdaun iaitu sawi dan salad dengan anggaran sebanyak 1.3 tan/1300 kilogram bagi sayur sawi dan 1.2 tan/1200 kilogram sebulan bagi sayuran salad sekaligus mencapai target projek penanaman secara hidroponik bebas racun dan mencapai realisasi wawasan 2030, iaitu pengurangan mengimport sayur-sayuran berdaun dari negara jiran seperti Thailand dan lain-lain negara dapat dikurangkan, disamping dapat memberi kesedaran kepada masyarakat tentang penggunaan sayur berdaun dari negara Thailand mengandungi racun yang tidak terkawal.
Tinjauan Media Urus Setia Penerangan dan Komunikasi Kerajaan Negeri (UPKN) ke lokasi mendapati, penggunaaan baja racun perosak hanya digunakan sekali sahaja pada minggu kedua tanaman sawi, kerana pada umur tanaman mencecah pada minggu kelima ,racun perosak sudah terurai pada tanaman. Manakala pada tanaman salad pula, 100% organic serta tidak menggunakan sebarang racun perosak dan boleh dimakan begitu sahaja kerana sayuran berkenaan tidak menggunakan sebarang produk racun perosak. Selain itu, PKPNK juga telah memperkenalkan projek tanaman sayuran ini secara hidroponik melalui pertanian secara fertigasi tertutup yang biasanya akan dikaitkan dengan penggunaan Struktur Perlindungan Hujan (SPH) dimana ia adalah struktur bumbung yang melindungi tumbuhan yang ditanam di bawahnya daripada hujan lebat serta pancaran cahaya matahari yang terik.