KERAJAAN NEGERI KELANTAN MAHU WARTA LOJING SEBAGAI PUSAT EKO-PELANCONGAN

 

LOJING, GUA MUSANG: Kerajaan negeri akan mewartakan kawasan Tanah Tinggi Lojing di Gua Musang sebagai pusat eko pelancongan selewat-lewatnya hujung tahun ini.
Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan Masyarakat, Kebudayaan, Warisan dan Pelancongan negeri Mejar (B) Datuk Md Anizam Ab Rahman berkata, kawasan itu yang mempunyai pelbagai produk pelancongan termasuk bunga Rafflesia dan produk pertanian.
Katanya, bagi tujuan itu, kerajaan negeri akan bekerjasama dengan Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan (JPNK) untuk menjadikan destinasi itu sebagai lokasi eko pelancongan dan pelancongan tanah tinggi.
“Kerajaan negeri berhasrat menubuhkan Mountain State Park di kawasan Lojing memandangkan lokasi itu mempunyai Hutan Simpan Kekal (HSK) di bahagian barat bersempadan dengan Pahang dan di sebelah Timur dengan Perak.
“Dari segi kos, anggaran pembinaan belum diputuskan secara mutakhir memandangkan banyak proses perlu diteliti termasuk kerja penilaian kesesuaian kawasan, pemantauan risiko, implikasi pengurusan dan sebagainya.
“Langkah ini juga dapat mengekalkan HSK di lokasi berkenaan sekali gus menambah kemampanan hutan yang ada,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Pembukaan Seminar Ekspedisi Saintifik Pergunungan Lojing Negeri Kelantan 2022, di sini, hari ini.

Artikel/Berita Terkini

600 ANJING TERBIAR DITANGKAP SETAKAT MEI – MBS

Sebanyak 600 ekor anjing terbiar telah berjaya ditangkap oleh kontraktor yang dilantik Majlis Bandaraya Seremban (MBS) dalam tempoh lima bulan …
Maklumat Lanjut

PROGRAM SEKOLAH ANGKAT MADANI

 Inisiatif ini menghimpunkan tenaga Kerajaan MADANI, Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan, Syarikat Berkaitan Kerajaan dan sektor swasta.  Setiap organisasi yang mengambil …
Maklumat Lanjut

BELI RUMAH MAMPU MILIK BANTU ASNAF DI BAWAH RUMAH MAWADDAH

Kerajaan negeri melalui Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) merancang pembelian rumah mampu milik untuk bantuan perumahan asnaf di bawah …
Maklumat Lanjut