KONSULAT JENERAL INDONESIA TIMBANG BUKA PEJABAT PERHUBUNGAN DI LABUAN

WP LABUAN: Pejabat Konsulat Jeneral Indonesia di Kota Kinabalu sedang menimbang untuk menubuhkan sebuah pejabat perhubungan di sini bagi membantu proses dokumentasi perjalanan lebih 2,000 pekerja warga Indonesia.
Konsulat Jeneral Rafail Walangitan bagaimanapun berkata, penubuhan pejabat bagi membantu proses dokumentasi perjalanan seperti pasport, permit untuk berada di negara ini atau permit kerja itu, bergantung kepada sejauh mana keperluan penubuhan segera benar-benar mendesak.
“Sekiranya pejabat perhubungan itu tidak dapat dibangunkan, kami boleh hantar satu pasukan ke pulau ini untuk membantu proses dokumentasi berkenaan bagi migran kami di sini,” katanya kepada Bernama selepas melakukan kunjungan hormat ke atas pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) Labuan Mohd Hafiez Mohd Daud pada minggu lepas.
SUMBER: BERNAMA

Artikel/Berita Terkini

ARTIFAK DARI BELANDA BUKTI KEHEBATAN MELAKA

Lendu – Usaha Kerajaan Negeri untuk membawa pulang artifak bersejarah Negeri Melaka sekian lama tersimpan di Belanda mendapat perhatian positif …
Maklumat Lanjut

TIGA PELABUHAN BAHARU DILULUSKAN DI MELAKA

Kuala Linggi – Kerajaan Negeri telah mendapat kelulusan untuk membina tiga pelabuhan laut dalam baharu membabitkan Pelabuhan Antarabangsa Kuala Linggi …
Maklumat Lanjut

RUKUN HAJI

Rukun Haji Ada Enam (6) Niat Ihram Haji ⁠Wuquf di Arafah ⁠Tawaf di Kaabah ⁠Sa’ie di antara Bukit Safa dan …
Maklumat Lanjut