OPERASI BERSEPADU OPS BELANG/OPS GERAK JABATAN ALAM SEKITAR WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR (JASWPKL) DAN DEWAN BANDARRAYA KUALA LUMPUR (DBKL)

KUALA LUMPUR, 16 Jun 2022, JASWPKL telah menjalankan Operasi Bersepadu (Ops Belang/Ops Gerak) bersama DBKL di Jalan Kuching, Kuala Lumpur.

Operasi ini melibatkan seramai 8 pegawai dari JASWPKL dan 14 pegawai DBKL .

Penguatkuasaan oleh JASWPKL dijalankan ke atas Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Daripada Enjin Diesel) 1996, Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974.

Dalam operasi ini, JASWPKL telah menjalankan 132 ujian visual, 10 ujian meter asap dan mengeluarkan sebanyak 5 Notis Arahan di bawah Seksyen 48A, AKAS 1974 serta 5 kompaun di bawah Peraturan 11(1), Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Kawalan Pelepasan Daripada Enjin Diesel) 1996 yang membawa denda sebanyak RM2000.00. JASWPKL juga telah mengeluarkan satu tindakan perintah larangan yang mengkehendaki kenderaan yang melepaskan bacaan melebihi 70 HSU tidak boleh dikendalikan selama 10 hari sehingga kerosakan telah dibaiki. Operasi dijalankan mengikut SOP yang ditetapkan oleh MKN dan KKM.

#kementerianalamsekitardanair

#jabatanalamsekitar

#jaswpkl

#alamsekitartangggungjawabbersama

Sumber : FB JABATAN ALAM SEKITAR

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …