MAJLIS PERASMIAN HALL OF FAME BERSAMA PANGLIMA LOGISTIK TD

KUALA LUMPUR – Markas Pemerintahan Logistik Tentera Darat (MPLTD) mengadakan Majlis Perasmian Hall Of Fame Bersama Panglima Logistik Tentera Darat bertempat di Kelab Camelia MPLTD pada 15 Jun 2022.

Majlis ini melibatkan mantan-mantan Panglima Logistik Tentera Darat serta Pegawai Pemerintah/Memerintah pasukan di bawah naungan PLTD. Program ini diadakan bertujuan untuk mengeratkan lagi silaturahim yang lebih akrab antara mantan-mantan Panglima Logistik Tentera Darat dengan warga PLTD di samping menghargai jasa serta pergorbanan yang dicurahkan oleh mereka sepanjang menjawat perjawatan Panglima Logistik Tentera Darat semasa dalam perkhidmatan.

Acara diteruskan dengan meletakkan frame gambar oleh mantan-mantan Panglima Logistik Tentera Darat bermula daripada Panglima Logistik Ke-5, Mej Jen Dato’ Abdul Rahman Daud diikuti Panglima Logistik Ke-9, Mej Dato’ Khairuddin Hj Abu Bakar, Panglima Logistik Ke-10, Mej Jen Dato’ Mohd Amir Ishak, Panglima Logistik Ke-12, Mej Jen Dato’ Ir Mohd Salim Ali, Panglima Logistik Ke-13, Lt Jen Dato’ Pahlawan Mohd Razif Hj Idris, Panglima Logistik ke-14, Lt Jen Dato’ Hanafiah Jaafar, Panglima Logistik Ke-15, Mej Jen Dato’ Md Fuad Abd Jalil, Panglima Logistik Ke-16, Mej Jen Dato’ Muhammad Ariff Soo Abdullah dan diakhiri dengan Panglima Logistik Ke-17, Mej Jen Hj Abdul Aziz Samsi@Hj Shamsudin yang merupakan Panglima Logistik sekarang.

Seterusnya jamuan dan penyampaian cendera kenangan kepada mantan-mantan Panglima Logistik Tentera Darat serta diakhiri dengan acara bergambar. Turut hadir, Pegawai-pegawai Kanan Pemerintahan Logistik Tentera Darat serta Pegawai Staf Markas Logistik TD.

 

SUMBER: FB BERITA TENTERA DARAT MALAYSIA https://www.facebook.com/BTDMOnline

Artikel/Berita Terkini

WANITA MENGAKU TAK SALAH SEDIA KHIDMAT KLINIK GIGI HARAM

Seorang wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan iaitu menjalankan amalan pergigian dan menyediakan klinik …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut

POLIS TEMBAK MATI 2 PENJENAYAH KES SAMUN, EDAR DADAH DI NILAI

Dua penjenayah bersenjata yang dipercayai terbabit dalam lebih 70 kes samun di tiga negeri mati ditembak polis di kawasan parkir …
Maklumat Lanjut