PULAU PINANG KENAL PASTI TANAH TERBIAR UNTUK TINGKAT AKTIVITI PERTANIAN

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Keselamatan Makanan)

Kerajaan negeri giat mengenal-pasti tanah terbiar yang berpotensi dibangunkan sebagai kawasan pertanian sebagai usaha menjamin keselamatan bekalan makanan bagi tempoh jangka panjang.

Pengerusi Jawatankuasa Agroteknologi dan Keselamatan Makanan, Pembangunan Luar Bandar dan Kesihatan Negeri Dr Norlela Ariffin berkata, beliau sudah berhubung dengan Pejabat Tanah Galian (PTG) Pulau Pinang untuk semakan maklumat kesemua tanah terbiar milik kerajaan negeri dan Persekutuan.
Beliau berkata demikian bagi mengulas berkaitan mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi (EAC) dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang memutuskan lima langkah diambil bagi menjamin keselamatan makanan negara dan mengurangkan kebergantungan kepada import makanan.

Dalam pada itu, Norlela berkata, polisi jaminan keselamatan makanan di Pulau Pinang tidak sekadar menyentuh aspek tanah terbiar malah turut merangkumi strategi menggantikan bahan mentah makanan ternakan yang diimport.

Sumber : HM

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …