PELBAGAI AKTIVITI MENARIK MENANTI WARGA KELANTAN DI HMA

 

KOTA BHARU – Pelbagai program menarik bakal berlangsung sempena sambutan Hari Muzium Antarabangsa (HMA) Peringkat Kebangsaan pada tahun 2022 yang julung kalinya diadakan di negeri Kelantan yang dijadualkan pada 19 Jun sehingga 25 Jun nanti.
Antara program yang bakal berlangsung ialah Pameran HMA oleh 28 buah Muzium dari pelbagai negeri di Dataran Warisan Stadium Sultan Muhammad IV, Seminar HMA, Forum Perdana Ehwal Islam, pertandingan silat jatuh, persembahan wayang kulit, dikir barat dan fun ride @ Kelantan di hati.
Orang ramai juga diminta untuk menyertai Treasure Hunt Menjejaki Seni Warisan Budaya Melayu Kelantan Mencari Warisan Cik Siti Wan Kembang yang akan diadakan pada 25 Jun 2022 (Sabtu) bertempat di Dataran Rehal (Hadapan Istana Jahar Negeri Kelantan Darul Naim).
Menurut Pengarah Program Ali Husaini, hadiah wang tunai menanti peserta yang menang dalam acara tersebut.
“Jangan lepaskan peluang untuk menyertai pertandingan ini, kerana wang tunai RM3000 mungkin menjadi milik anda,” katanya.
Untuk info lanjut, orang ramai diminta berhubung secara terus dengan beliau melalui Perbadanan Muizum Negeri Kelantan di talian 09-7482266 atau melalui Jabatan Muzium Malaysia 03-22671000 (Muhamad Faiz) atau emel ke jejakwarisanhma.2022@gmail.com

Artikel/Berita Terkini

BINA BENTENG ATASI BANJIR BERULANG DI KAMPUNG BELIMBING DALAM

Durian Tunggal – Masalah banjir kerap melanda Kampung Belimbing Dalam mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, Datuk …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut