NAFAS DAN ANGKASA: TANAMAN JAGUNG BIJIRAN BERSKALA BESAR

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 7: PEMBANGUNAN MAMPAN (Sekuriti Makanan)

Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) dan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) akan mengusahakan tanaman jagung bijirin skala besar dalam usaha mengurangkan kebergantungan bekalan makanan import khususnya kepada ternakan ayam.Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, NAFAS turut menyasarkan untuk menguasai 20 peratus pasaran dengan pengeluaran 144 juta ekor ayam setahun, manakala 30 juta ekor lagi dikeluarkan oleh ANGKASA.

Beliau berkata, inisiatif menerusi kerjasama awam dan swasta ini berupaya meningkatkan hasil pertanian khususnya industri ternakan ayam, di samping diyakini mengurangkan kebergantungan negara terhadap bekalan jagung bijirin import bagi kegunaan makanan ternakan itu.

NAFAS dinyatakan sudah mengenal pasti kawasan seluas 12,140 hektar di Kelantan dan Terengganu yang sebelum ini ditanam dengan tanaman tembakau untuk tanaman jagung bijirin. Nabakal, ANGKASA pula sudah mengenal pasti kawasan seluas 4,000 hektar tanah di seluruh negara dengan kerjasama Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI).

Sumber:

Berita Harian

Artikel/Berita Terkini

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut

PPSPM TAWAR PLATFORM IKLAN PADA BOT MELAKA RIVER CRUISE

Bandaraya Melaka – Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) semakin agresif dalam mempelbagaikan sumber pendapatannya termasuk menerusi tawaran ruang …
Maklumat Lanjut