MAJLIS BANDARAYA PULAU PINANG SEDIA PLATFORM MENYOKONG HASIL SENI ANAK TEMPATAN

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 3: KESEPADUAN NASIONAL (Kepentingan Negeri)

Majlis Bandaraya Pulau Pinang senantiasa memberi sokongan kepada semua penggiat-penggiat hasil seni tempatan terutamanya produk kraf buatan tangan (handmade) dengan menyediakan makerspace@balikpulau sebagai “platform” mempromosikannya ke peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

YBhg. Dato’ Ar. Yew Tung Seang, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pulau Pinang juga telah meluangkan masa untuk melawat Pusat Kraf Balik Pulau dan Arjuna Kraf Balik Pulau bagi meninjau potensi dan kolaborasi pintar yang bakal diusahakan.

YBhg. Datuk Bandar memuji hasil seni buatan anak tempatan Balik Pulau yang berkualiti tinggi seperti pembuatan tembikar, parang, tanjak, seni lukisan dan sebagainya. Kepelbagaian produk-produk tempatan yang bermutu berpotensi menjadikan makerspace@Balik Pulau sebagai hub pembelajaran digital dan hasil seni di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Sumber : MBPP

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA – AB RAUF

Ayer Keroh – Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut