OPERASI MEGA PENGUATKUASAAN PERATURAN-PERATURAN KAWALAN HASIL TEMBAKAU 2004 DI TEMPAT LARANGAN MEROKOK

 

Dalam usaha memastikan pematuhan kehendak Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 (PPKHT 2004) bagi tujuan melindungi kesihatan orang awam, pihak Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) sentiasa menjalankan operasi penguatkuasaan dari semasa ke semasa di seluruh Kelantan termasuk semasa Perintah Kawalan Pergerakan dan Pelan Pemulihan Negara. Dalam siri operasi yang telah dirancang, satu operasi Mega telah dijalankan pada 8 Jun 2022 (Rabu) di sekitar daerah Tanah Merah, Machang, dan Kota Bharu, Kelantan yang melibatkan seramai 70 Pegawai Diberikuasa yang terdiri daripada Pegawai Kesihatan Persekitaran, Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran, dan Pembantu Kesihatan Awam.
Hasil dari operasi tersebut, sebanyak 133 premis telah diperiksa. Sebanyak 92 Notis Memerintahkan Kehadiran Ke Mahkamah (Seksyen 32B) telah dikeluarkan dengan nilai kompaun RM 21,825.00. Dari jumlah tersebut sejumlah 58 notis dikeluarkan atas kesalahan merokok di premis makanan dibawah Per.11(1)(d) yang bernilai RM 14,500.00, dan sebanyak 34 notis dikeluarkan atas lain-lain kesalahan merokok di kawasan larangan yang bernilai RM 7,325.00.

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …