KEM REMAJA SOLEH MANTAPKAN SAHSIAH REMAJA

 

TUMPAT, 7 Jun 2022- Ahli Parlimen Tumpat, YB Dato’ Che Abdullah Mat Nawi hadir merasmikan program Kem Remaja Soleh Membina Remaja Iman di Dewan Al-Aziz Pejabat Agama Jajahan Tumpat, baru-baru ini.
Dalam ucapan perasmian, Che Abdullah merakamkan ucapan tahniah dan terima kasih kepada pihak penganjur dan fasilitor kerana berjaya mengadakan program yang cukup bermakna ini bagi memantapkan lagi sahsiah dari kalangan para peserta.
“Melalui program seperti ini diharap dapat melahirkan insan yang bertaqwa dan memiliki akhlak mulia dan terpuji,” katanya.
Program anjuran Pejabat Agama Jajahan Tumpat ini membabitkan para pelajar sekitar jajahan Tumpat.
Dalam majlis yang sama, Che Abdullah turut menyampaikan sumbangan untuk program tersebut.

Artikel/Berita Terkini

‘SAYA CINA TAPI NAMA MELAYU NUR FARHANA, NAMA INDIA PULA TAMANA’

Walaupun dilahirkan sebagai seorang berbangsa Cina, namun Exco Pelancongan, Kebudayaan dan Kesenian Negeri Sembilan, Nicole Tan Lee Koon, mempunyai nama …
Maklumat Lanjut

INISIATIF 1 RUMAH 1 JALUR GEMILANG

 Ayuh kibarkan Jalur Gemilang di rumah anda! Satu bendera, sejuta makna — simbol cinta & bangga pada tanah air tercinta  …
Maklumat Lanjut

KERAJAAN UTAMA KEPENTINGAN PERLUAS CAPAIAN DIGITAL

CENDERAMATA: Hajiji menerima cenderamata daripada Gobind semasa kunjungan hormat di pejabatnya di Menara Kinabalu hari ini. KOTA KINABALU: Kerajaan negeri …
Maklumat Lanjut