147 ANAK YATIM DUN SEMERAK DISATUNI

 

PASIR PUTEH, 7 Jun 2022 – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semerak, YB Wan Hassan Wan Ibrahim semalam meluangkan masa khusus bagi menyantuni sambil menyampaikan bantuan Skim Pendidikan Yatim (SPY) Kerajaan Negeri Kelantan kepada 147 orang anak yatim dan anak armalah Dun Semerak. Berbaki 53 orang lagi akan diadakan dimajlis akan datang.
Majlis penyerahan SPY atau sumbangan “One-Off” Anak Yatim Kelantan 2022 bagi Dun Semerak ini diadakan secara serentak bagi Siri-1 dan Siri-2 yang melibatkan 18 mukim dengan peruntukan RM 20 ribu atau RM 100 setiap penerima.
SPY antara skim Cakna Rakyat yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Kelantan melalui Urus Setia Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga yang disalur terus melalui 45 Pusat Khidmat Dun (PKD) secara bersiri iaitu RM 10 ribu bagi setiap siri. Mereka yang layak memohon ialah pelajar yang masih berada di institusi pendidikan dengan mengemukakan surat mati atau surat bercerai ibu atau bapa.

Artikel/Berita Terkini

BINA BENTENG ATASI BANJIR BERULANG DI KAMPUNG BELIMBING DALAM

Durian Tunggal – Masalah banjir kerap melanda Kampung Belimbing Dalam mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, Datuk …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut