SEKURITI MAKANAN NEGARA: PELAN TINDAKAN DAN PENGUATKUASAAN

KUALA LUMPUR – Ruang Bicara Bahas terbitan BERNAMA TV sekali lagi menampilkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) dalam membahaskan isu Sekuriti Makanan Negara: Pelan Tindakan dan Penguatkuasaan. Tuan Azman Adam, Pengarah Penguat Kuasa tampil sebagai jurucakap KPDNHEP untuk mengupas lanjut topik ini pada 3 Jun 2022.

Pengarah Penguat Kuasa memberitahu antara indikator yang digunakan bagi memastikan keberadaan bekalan barangan keperluan harian di pasaran ialah :-

  • Keberadaan bekalan barangan tertentu di DDR, DDW & DDM
  • Harga melepasi threshold/harga purata.
  • Sesi libat urus dengan pemain industri dan agensi berkaitan.
  • Kementerian sentiasa menjalankan pemeriksaan dan pemantauan yang rapi dan menyeluruh ke atas semua premis perniagaan, ini termasuklah kawasan bandar dan luar bandar. Hasil pemantauan ini akan digunakan sebagai laporan trend harga barang dan tindakan penguatkuasaan sekiranya berlaku kenaikan harga.
  • Laporan keberadaan barangan secara harian
  • Pegawai Pemantau Harga yang menjalankan pemantauan harga barangan keperluan asas di seluruh negara di bawah Kementerian
  • Rakan KPDNHEP yang merupakan mata dan telinga Kementerian. Kementerian akan bekerjasama dengan Pengguna yang menyertai program ini bagi menyebarkan maklumat berhubung kepenggunaan terutama mengenai isu harga barang
  • Trend dalam media sosial
  • Kerajaan Negeri dan Agensi Kerajaan lain serta penglibatan penghulu dan penggawa dalam membantu memantau dan menyalurkan maklumat kenaikan harga barangan.

SUMBER: FB KPDNHEP LAMAN RASMI https://www.facebook.com/kpdnhep

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA – AB RAUF

Ayer Keroh – Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut