PELAN TINDAKAN & PENGUATKUASAAN KPDNHEP DALAM MENANGANI KENAIKAN HARGA BARANG GLOBAL

KUALA LUMPUR, 8 JUN 2022 – Tidak melepaskan batuk di tangga, KPDNHEP secara berterusan mengambil pelbagai inisiatif untuk menjelaskan kepada rakyat apakah tindakan dan penguatkuasaan yang dilaksanakan KPDNHEP dalam menangani kenaikan harga barang. YBhg. Datuk Roziah binti Abudin, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Perdagangan Dalam Negeri) tampil di Radio NASIONALfm dalam segmen ALFA membicarakan perihal berikut:

  • Memastikan keberadaan bekalan barang keperluan dan pengguna dapat menikmati harga barang yang munasabah dan berpatutan.
  • Memudahkan pemain industri menjalankan perniagaan (ease of doing business).
  • Ekonomi bebas yang diamalkan di Malaysia melibatkan permintaan dan penawaran yang sedikit sebanyak akan mempengaruhi harga pasaran namun KPDNHEP memastikan tiada unsur pencatutan.
  • Kerajaan, peniaga dan pengguna perlu bekerjasama supaya impak kenaikan harga/inflasi global dapat dikurangkan sekaligus merancakkan kembali ekonomi.
  • Inisiatif pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMM), Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia (SHMKM), Penentuan Harga Maksimum (PHM) ayam dan telur ayam, Program Jualan Keluarga Malaysia (PJKM) dan Program Jualan Malaysia (PJM).
  • Tindakan penguatkuasaan berterusan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 serta Akta Kawalan Bekalan 1961.
  • Manfaatkan teknologi untuk mendapatkan maklumat yang tepat serta menggunakan aplikasi yang dapat membantu pengguna membuat perbandingan harga seperti aplikasi Price Catcher.
  • Pelbagai saluran aduan yang disediakan untuk dimanfaatkan pengguna andai berlaku salah laku oleh pihak tidak bertanggungjawab.

SUMBER: FB KPDNHEP LAMAN RASMI https://www.facebook.com/kpdnhep

Artikel/Berita Terkini

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut

PPSPM TAWAR PLATFORM IKLAN PADA BOT MELAKA RIVER CRUISE

Bandaraya Melaka – Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) semakin agresif dalam mempelbagaikan sumber pendapatannya termasuk menerusi tawaran ruang …
Maklumat Lanjut