MENANGANI ISU KRISIS BEKALAN MAKANAN

KUALA LUMPUR – Krisis bekalan makanan sedang hangat diperkatakan bukan sahaja di negara kita, malahan di seluruh dunia. Isu ini berlaku disebabkan oleh faktor-faktor seperti perubahan iklim cuaca, peperangan dan pertukaran mata wang. Puan Selvi Shanmugam – Pengarah Bahagian Harga Barang Negara, KPDNHEP tampil di segmen Vasantham di RTM2 sebagai panel pada 4 Jun 2022 yang lalu.

Kementerian bertanggungjawab untuk memelihara kepentingan pengguna dan pada masa yang sama perlu mewujudkan suasana perniagaan yang kondusif untuk pembangunan ekonomi domestik. Dalam melindungi kepentingan pengguna, salah satu cabaran utama Kementerian adalah bagi menangani isu kenaikan harga barangan dan memastikan harga dan bekalan barangan adalah stabil di pasaran.

Kementerian sentiasa menjalankan pemeriksaan dan pemantauan yang rapi dan menyeluruh ke atas semua premis perniagaan, ini termasuklah kawasan bandar dan luar bandar. Pemantauan harga barang dilakukan secara konsisten oleh Pegawai Pemantau Harga (PPH) di Bahagian Harga Barangan Negara (BHBN) yang telah dilantik oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) untuk melakukan pemantauan ke atas premis seperti pasaraya besar, pasaraya, pasar basah, pasar mini dan kedai runcit di seluruh negara.

Pemantauan ini dilaksanakan oleh lebih 900 Pegawai Pemantau Harga secara harian di 1,500 premis di seluruh negara. Hasil pemantauan ini akan digunakan sebagai data dalam penghasilan laporan trend harga barang dan tindakan penguatkuasaan oleh Bahagian Penguatkuasa (BPGK) sekiranya berlaku kenaikan harga.

Tindakan “pre-emptive” melalui Program Pemantauan Harga ini melibatkan pemantauan harian, mingguan dan bulanan ke atas 480 barangan keperluan pengguna seperti daging, ayam, telur, ikan dan sayur-sayuran.

Sekiranya didapati mana-mana premis menjual pada harga tidak munasabah, perkara ini akan dimaklumkan segera kepada Pegawai Penguatkuasa sama ada di peringkat negeri atau di ibu pejabat untuk tindakan siasatan di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan (AKHAP) 2011. Ini merupakan satu tindakan awal Kementerian bagi menangani isu kenaikan harga barangan tanpa kita perlu menunggu aduan daripada rakyat.

SUMBER: FB KPDNHEP LAMAN RASMI https://www.facebook.com/kpdnhep

Artikel/Berita Terkini

600 ANJING TERBIAR DITANGKAP SETAKAT MEI – MBS

Sebanyak 600 ekor anjing terbiar telah berjaya ditangkap oleh kontraktor yang dilantik Majlis Bandaraya Seremban (MBS) dalam tempoh lima bulan …
Maklumat Lanjut

PROGRAM SEKOLAH ANGKAT MADANI

 Inisiatif ini menghimpunkan tenaga Kerajaan MADANI, Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan, Syarikat Berkaitan Kerajaan dan sektor swasta.  Setiap organisasi yang mengambil …
Maklumat Lanjut

BELI RUMAH MAMPU MILIK BANTU ASNAF DI BAWAH RUMAH MAWADDAH

Kerajaan negeri melalui Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) merancang pembelian rumah mampu milik untuk bantuan perumahan asnaf di bawah …
Maklumat Lanjut