DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Pengurusan Pandemik & Keselamatan Kesihatan)
Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) telah memuat naik prosedur operasi standard (SOP) mengenai penganjuran pasar malam, pasar pagi, pasar hari, pasar tani dan βuptownβ seluruh Seberang Perai di Facebook rasminya pada 8 Jun 2022.
Para penganjur, peniaga dan orang awam boleh melayari laman web rasmi MBSP atau menghubungi talian 04-549 7555 untuk mendapatkan perincian SOP terbaharu itu yang terdiri daripada enam (6) aktiviti merangkumi kehadiran peniaga/pengunjung, kawalan pengoperasian, penglibatan peniaga bukan warganegara, pengurusan sisa pepejal dan tindak balas kecemasan.
Sumber : MBSP