???????? ???????? ??????? ????? ???????? ??????? ??? ??????? ??? ?? ?????? ????? ???????? ???????? ?????-????? ????? ??? ??? ?????

Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Hj. Affendi bin Buang TUDM telah hadir menyaksikan raptai akhir Istiadat Mengarak Panji-Panji Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di Dataran Pahlawan Putrajaya hari ini.
Istiadat yang akan berlangsung pada 10 Jun 2022 (Jumaat) ini adalah bersempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tahun 2022.
Ketiga-tiga perkhidmatan ATM iaitu Tentera Darat Malaysia (TDM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah mempamerkan komitmen terbaik sepanjang raptai ini dilangsungkan sebagai persediaan akhir bagi memastikan Istiadat berkenaan dapat dilaksanakan dengan jayanya.
Seusai raptai, Panglima Angkatan Tentera mengambil kesempatan menitipkan semangat kepada pegawai dan anggota yang terlibat sebagai sokongan serta kekuatan moral untuk mereka memberikan persembahan terbaik pada Istiadat yang berlangsung 10 Jun ini.
Turut hadir adalah Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Zamrose bin Mohd Zain merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Perbarisan serta agensi yang terlibat sebagai ahli jawatankuasa induk antaranya Polis Diraja Malaysia, Perbadanan Putrajaya, Jabatan Kerja Raya, Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Komunikasi dan Mulitimedia Malaysia, Radio Televisyen Malaysia, Jabatan Penerangan dan para pegawai-pegawai kanan ATM.
SUMBER: ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

Artikel/Berita Terkini

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut

PPSPM TAWAR PLATFORM IKLAN PADA BOT MELAKA RIVER CRUISE

Bandaraya Melaka – Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) semakin agresif dalam mempelbagaikan sumber pendapatannya termasuk menerusi tawaran ruang …
Maklumat Lanjut