SITUASI SEMASA DENGGI DI PUTRAJAYA ME-22/2022

SITUASI SEMASA DENGGI DI PUTRAJAYA ME-22/2022

(29 Mei 2022 – 4 Jun 2022)

Tren Denggi melepasi garis bahaya! 20 kes Denggi baharu dilaporkan sepanjang Minggu Epid ke-22/2022 minggu lepas dengan dua (2) wabak baharu dilaporkan di Presint 18 iaitu di Parcel 18R12 dan 18R13 yang terletak berhadapan antara satu sama lain. 5/20 (25%) kes didaftarkan di kawasan bukan wabak dan 15/20 (75%) kes yang didaftarkan merupakan kes yang tinggal dalam kawasan wabak. Jumlah ini menunjukkan peningkatan sebanyak 39 kes (+92.9%) dan pertambahan 4 wabak (+57.1%) berbanding pada tempoh sama tahun 2021.

Jumlah pendaftaran minggu lepas juga telah melepasi paras amaran (warning level) di graf pemantauan pendaftaran kes Denggi bagi WP Putrajaya. Ini bermakna semua pihak perlu lebih proaktif dan agresif dalam menjalankan aktiviti kawalan dan pencegahan Denggi setiap masa.

Antara isu pembiakan di lokaliti-lokaliti wabak aktif WP Putrajaya adalah melibatkan isu struktur bangunan yang menakung air, isu penyelenggaraan/pembersihan/baik pulih yang tidak menyeluruh dan isu komuniti kurang bertanggungjawab yang menyebabkan sampah tabur atau barang milik persendirian bertukar menjadi tempat pembiakan nyamuk. Kehadiran nyamuk ini seterusnya menularkan virus di kalangan penghuni mahupun pelawat di lokaliti tersebut.

Justeru, Pejabat Kesihatan WP Putrajaya menggesa semua pihak baik komuniti mahupun agensi-agensi kerajaan dan swasta sekitar Putrajaya ambil cakna dengan kawasan masing-masing.

Sila wajibkan setiap penghuni dan kakitangan anda jalankan langkah pencegahan Denggi pada setiap masa dengan cara:

1.WAJIB lakukan aktiviti ”Cari & Musnah” tempat pembiakan nyamuk pada setiap minggu!

  • Laporkan kepada majikan/badan bertanggungjawab sekiranya anda temukan isu pembiakan di struktur bangunan/barang milik individu lain.

2.Lakukan langkah pencegahan dari gigitan nyamuk Aedes setiap masa terutamanya ketika waktu puncak gigitan nyamuk!

3.SEGERA dapatkan rawatan sekiranya bergejala!

SUMBER: FB ZAINAL ABIDIN ABU BAKAR https://www.facebook.com/zainalabidin.nurain

Artikel/Berita Terkini

26 VAN SEKOLAH TANPA PERMIT DIKESAN DI NEGERI SEMBILAN

Segelintir pengusaha kenderaan sekolah dikesan menjalankan operasi tanpa permit sah, termasuk mengubah suai van persendirian menjadi van sekolah, sekali gus …
Maklumat Lanjut

HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA 2025

 Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni Tema rasmi #HKHM2025 menzahirkan tekad kerajaan untuk mendahulukan rakyat   Berteraskan nilai kemanusiaan, kesejahteraan & keadilan  Seimbang …
Maklumat Lanjut

TEMA DAN LOGO HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA 2025

DBOOK PENERANGAN | TEMA DAN LOGO HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA 2025 https://dbook.penerangan.gov.my/dbook/?product=tema-logo-hari-kebangsaan-dan-hari-malaysia-2025 #DbookPenerangan #HKHM2025 #MalaysiaMADANI #RakyatDisantuni #TaatSetia …
Maklumat Lanjut