KUNJUNGAN HORMAT YAYASAN PENCEGAHAN JENAYAH MALAYSIA KL KE IPD DANG WANGI

KUALA LUMPUR – YDH ACP Noor Dellhan bin Yahaya, Ketua Polis Daerah Dang Wangi telah menerima Kunjungan Hormat dari YBhg Tan Sri Tan Kean Soon, Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia Kuala Lumpur, yang diadakan di IPD Dang Wangi, Kuala Lumpur pada 2 Jun 2022 yang lalu.

Turut hadir Supt Naazron bin Abdul Yusof, Timbalan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Ketua-ketua Bahagian , Ketua-ketua Polis Balai dan semua ahli Jawatankuasa Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia Kuala Lumpur.

Selain daripada itu, KPD Dang Wangi juga membincangkan berkaitan kerjasama di antara Polis Dang Wangi dengan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia Kuala Lumpur untuk mengadakan kempen keselamatan dan pencegahan jenayah di Daerah Dang Wangi. Kempen keselamatan serta pencegahan jenayah ini dapat memberi kesedaran kepada orang ramai untuk tidak mudah terjebak dalam sebarang aktiviti jenayah serta mengenai kepentingan dan peranan dalam membanteras jenayah supaya dapat mengurangkan kadar jenayah di semua peringkat masyarakat.

YBhg Tan Sri Tan Kean Soon, Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia Kuala Lumpur(MCPF), telah menyusun lebih banyak program pencegahan jenayah di Daerah Dang Wangi sepanjang tahun ini, bagi membantu meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap ancaman jenayah. YBhg Tan Sri Tan Kean Soon, telah melantik Jawatankuasa Perhubungan MCPF Daerah Dang Wangi.

Sesi kunjungan hormat yang serba ringkas dalam suasana norma baharu ini bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan silaturrahim malah dapat berkongsi idea dalam isu-isu Semasa dalam Pencegahan Jenayah.

 

SUMBER: FB POLIS DANG WANGI https://www.facebook.com/PolisDangWangi

Artikel/Berita Terkini

MYKAD ROSAK? JANGAN RISAU — BOLEH TUKAR DENGAN MUDAH DI JPN

Langkah-Langkah Penggantian Untuk menukar MyKad yang rosak, pemohon perlu mengikuti empat langkah utama: Hadir ke lokasi pilihan: Anda boleh pergi …

HAJI TANPA VISA BERDOSA WALAUPUN SAH, BOLEH DIDENDA HINGGA 100,000 RIYAL

Kuala Lumpur: Umat Islam di Malaysia diingatkan supaya tidak menunaikan ibadah haji tanpa visa kerana perbuatan itu bukan sahaja berdosa …

TIP TIDAK MULA MEROKOK

Kesedaran Masyarakat: Jangan Mula Merokok Merokok bukan sahaja merosakkan kesihatan, malah memberi kesan buruk kepada keluarga, masyarakat dan ekonomi negara …