FAMA FEST PULAU PINANG 2022 SASAR NILAI JUALAN HINGGA SETENGAH JUTA

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 5: KEUTUHAN EKONOMI (Pemulihan Pasca Krisis Pandemik)

 Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) menyasarkan nilai jualan sehingga RM500,000 untuk program Fiesta Makanan, Bunga dan Buah (FAMA Fest) 2022 yang akan berlangsung selama lima hari bermula 22 Jun ini.

Timbalan Ketua Pengarah FAMA, Datuk Muhamad Mustahapa Awang berkata, pada masa sama, pihaknya yakin karnival yang akan dilangsungkan di tapak parkir Pasaraya Lotus’s Seberang Jaya itu mampu menarik kehadiran sehingga 50,000 pengunjung.

Penang FAMA Fest 2022 ini merupakan lanjutan daripada program Penang FAMA Fest yang diadakan pada 2018 dan 2019 yang lalu, namun tidak dapat dilaksanakan untuk dua tahun berikutnya (2020 dan 2021) susulan pandemik COVID-19.

Justeru, usaha untuk memulih serta merancakkan semula ekonomi tempatan melalui penganjuran program seumpama ini kali ini pastinya amat dinanti-nantikan oleh usahawan yang terlibat.

Seramai 130 usahawan tani dengan sebahagian besarnya merupakan usahawan tempatan dari negeri ini diberikan ruang untuk memasarkan hasil pertanian mereka kali ini dengan 11 kluster serta 84 lot usahawan disediakan untuk tujuan itu.

Pelbagai aktiviti menarik disusun dalam usaha memeriahkan program itu termasuk Jualan MyRakyat yang membawa hampir 100 jenama produk usahawan industri asas tani khususnya bumiputera untuk diketengahkan.

Selain itu, FAMA juga membawakan sehingga 30 tan metrik produk jualan terus dari ladang dan kilang seperti buah-buahan dan sayur-sayuran termasuk pelbagai jenis durian, ‘Cempedak King’, jagung, nanas MD2 (jenis premium) dan lain-lain.

Turut dibawa ialah beberapa produk keluaran Agromas dan ‘signature product‘ Pulau Pinang (produk yang beridentitikan Pulau Pinang) seperti durian ‘crepe‘ serta produk hasilan durian yang lain,” katanya yang memberitahu, jualan orkid serta keladi ‘viral’ juga dijangka menjadi tumpuan sempena program berkenaan.

FAMA juga akan memperkasakan aspek pemasaran dan promosi durian yang dijangka tinggi dari segi pengeluaran dan permintaannya pada program itu dengan menggunakan aplikasi Sistem Agro Fun.

Justeru itu, usahawan tempatan seharusnya merebut peluang itu untuk membantu memasarkan produk mereka sekali gus menambah pendapatan selepas fasa peralihan endemik ini.

Sumber:

Utusan Malaysia

Artikel/Berita Terkini

600 ANJING TERBIAR DITANGKAP SETAKAT MEI – MBS

Sebanyak 600 ekor anjing terbiar telah berjaya ditangkap oleh kontraktor yang dilantik Majlis Bandaraya Seremban (MBS) dalam tempoh lima bulan …
Maklumat Lanjut

PROGRAM SEKOLAH ANGKAT MADANI

 Inisiatif ini menghimpunkan tenaga Kerajaan MADANI, Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan, Syarikat Berkaitan Kerajaan dan sektor swasta.  Setiap organisasi yang mengambil …
Maklumat Lanjut

BELI RUMAH MAMPU MILIK BANTU ASNAF DI BAWAH RUMAH MAWADDAH

Kerajaan negeri melalui Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) merancang pembelian rumah mampu milik untuk bantuan perumahan asnaf di bawah …
Maklumat Lanjut