BANTUAN  150 JUTA UNTUK TRANSFORMASI NELAYAN

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 7: PEMBANGUNAN MAMPAN (Pemuliharaan Alam Sekitar)

 Kerajaan telah memperuntukkan bantuan berjumlah RM150 juta di bawah Dana Jaminan Makanan (DJM) dan pinjaman mudah bagi mentransformasikan nelayan melalui perolehan vessel miden berteknologi tinggi.

Jabatan Perikanan dalam kenyataan memaklumkan kedua-dua kemudahan itu adalah untuk pembangunan industry perikanan pantai menerusi program pemodenan vessel, menggalakkan penggunaan peralatan mesra alam dan peningkatan mekanisasi peralatan tangkapan vessel di Zon A dan Zon B.

Bantuan tersebut akan membuka peluang nelayan trasidis di Zon A dan ZOn B menaik taraf dan memodenkan vessel, mekanisasi, peralatan tangkapan yang lebih efisien dan mesra sumber. Bantuan ini juga secara tidak langsung akan meinhgkatkan aspek keselamatan dan peningkatan kualiti hasil tangkapan secara mampan selain meningkatkan pendapatan nelayan di Zon dan Zon B.

Kemudahan bantuan itu juga kakan menggalakkan vessel beroperasi di zon yang lebih jauh, mengubah suai vessel dengan konsep kea rah pemodenan vessel, pembelian enjin baharu atau menambah baik peralatan menangkap ikan bagi berpindah ke Zon C.

Perkara ini seterusnya akan meningkatkan proses pemuliharaan semula jadi stok ikan dan kualiti ekosisitem di Kawasan kurang 12 batu nautika dari pantai dan mewujudkan Kawasan menangkap ikan yang strabil serta penerokaan yang mapan.

Perkara ini juga sekali gus dapat mengurangkan kebergantungan penggunaan kru bukan warganegara bekerja di atas vessel pengangkapan ikan tempatan dan menggalakkan penglibatan kru warganegara termasuk belia bekerja di atas vesel penangkapan ikan yang moden dan selesa.

Sumber:

Bernama

 

Artikel/Berita Terkini

SEREMBAN SENTRAL BAKAL UBAH SEREMBAN JADI PUSAT BANDAR MODEN, SELESA

Projek pembangunan bersepadu Seremban Sentral yang akan dimajukan oleh Sunway Bhd bakal mengubah bandar Seremban yang lama menjadi pusat bandar …
Maklumat Lanjut

NEGERI SEMBILAN PERTAHAN CADANGAN PELUPUSAN ANJING LIAR

Kerajaan Negeri Sembilan mempertahankan keputusan melaksanakan pelupusan anjing liar yang dimulakan di kawasan majoriti Melayu demi menyelesaikan masalah umum. Menurut …
Maklumat Lanjut

PATI ‘KEPANASAN’ DISERBU, SANGGUP TERJUN SETINGGI ENAM METER

Nekad terjun dari platform setinggi enam meter dan bersembunyi di celah barang binaan antara gelagat pendatang asing tanpa asing (PATI) …
Maklumat Lanjut