PESAWAH DI TERENGGANU TERIMA BENIH PADI IS21

——————————————————————————————————————————————————————————

KUALA TERENGGANU, 7 Jun 2022

——————————————————————————————————————————————————————————

Sebanyak 200 beg benih padi IS21 disumbangkan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) menerusi Agensi Nuklear Malaysia (Nuklear Malaysia) kepada 50 pesawah kawasan Kuala Terengganu bagi membantu meningkatkan pengeluaran hasil padi dalam negeri.

Menurut Timbalan Menteri MOSTI, Datuk Ahmad Amzad Hashim, benih padi IS21 yang dijenamakan semula daripada benih NMR152 melalui kajian biak baka mutasi aruhan sinaran gama itu merupakan pencapaian terbaik dihasilkan Nuklear Malaysia bagi meningkatkan pengeluaran sara diri (SSL) padi negara.

Teknologi benih padi baharu IS21 inisiatif Nuklear Malaysia, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) membantu meningkatkan produktiviti padi dengan anggaran hasil 40 hingga 67 peratus lebih tinggi berbanding purata pengeluaran kebangsaan. Benih padi IS21 juga mampu mengeluarkan hasil padi hingga 9 tan sehektar mengikut kawasan penanaman manakala kos penanaman dapat dikurangkan sebanyak 10 hingga 20 peratus kerana penggunaan baja dan racun perosak yang kurang. Benih padi berkenaan mempunyai daya tahan tinggi terhadap cuaca ekstrem dan mempunyai daya rintang terhadap beberapa penyakit padi yang sering merugikan pesawah.

Sebelum ini, antara masalah besar dalam pertanian adalah baja dan racun serangga dan ia dapat kurangkan kebergantungan kepada kedua-duanya melalui jenis benih padi IS21 kerajaan akan dapat menyelesaikan sedikit sebanyak masalah pengeluaran makanan ruji rakyat Malaysia iaitu beras.

Dengan bantuan seperti ini, kerajaan berharap agar rakyat dapat mengusahakan tanaman padi dengan lebih baik dan effisien dalam usaha untuk mengekalkan stok simpanan makanan negara agar ia tidak berkurang selara dengan keperluan dalam Sekuriti Makanan yang diletakkan dibawah nilai teras Pembangunan Mampan didalam Dasar Keselamatan Negara 2021-2025.

 

Artikel/Berita Terkini

WANITA MENGAKU TAK SALAH SEDIA KHIDMAT KLINIK GIGI HARAM

Seorang wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan iaitu menjalankan amalan pergigian dan menyediakan klinik …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut

POLIS TEMBAK MATI 2 PENJENAYAH KES SAMUN, EDAR DADAH DI NILAI

Dua penjenayah bersenjata yang dipercayai terbabit dalam lebih 70 kes samun di tiga negeri mati ditembak polis di kawasan parkir …
Maklumat Lanjut