PEMANTAPAN GARIS PANDUAN PROGRAM BAITI JANNATI TAHUN 2022

Seramai 42 orang telah terlibat dalam Bengkel Semakan Semula Garis Panduan Program Baiti Jannati Tahun 2020 yang diadakan di Lacrista Hotel, Melaka bermula 03 Jun hingga 05 Jun 2022.

Bengkel anjuran Jabatan Pembangunan Komuniti dan Kesejahteraan Bandar, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur ini bertujuan untuk menyelaras dan memurnikan lagi garis panduan berkaitan pelaksanaan oleh Jabatan agar mencapai matlamat utama proses kerja dengan lebih baik dan seragam dalam membantu golongan miskin untuk menjalani kehidupan yang lebih selesa . Adalah menjadi harapan DBKL di penghujung bengkel ini dapat menyediakan satu “Garis Panduan” yang lebih mantap hasil dari percambahan fikiran oleh wakil-wakil yang hadir.

Bengkel dihadiri oleh wakil daripada Kementerian Wilayah Persekutuan, Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (Bahagian Baitulmal) , Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP), Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan jabatan dalaman DBKL.

Turut bersama mencambah idea dan pendapat dalam bengkel ini ialah YBhg Datuk Haji Anwar bin Mohd Zain, Pengarah Eksekutif Pembangunan Sosio-Ekonomi, dan YBrs. Ismadi bin Sakirin, Pengarah Jabatan Pembangunan Komuniti dan Kesejahteraan Bandar.

SUMBER: FB DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR https://www.facebook.com/dbkl2u

Artikel/Berita Terkini

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut

PPSPM TAWAR PLATFORM IKLAN PADA BOT MELAKA RIVER CRUISE

Bandaraya Melaka – Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) semakin agresif dalam mempelbagaikan sumber pendapatannya termasuk menerusi tawaran ruang …
Maklumat Lanjut