WP LABUAN – Jabatan Belia dan Sukan WP Labuan dengan kerjasama erat Perbadanan Labuan, Majlis Sukan Labuan dan Persatuan Bola Sepak WP Labuan (LAFA) telah melaksanakan Malaysia Sports League (MSL) 2022 Peringkat W. P. Labuan (Futsal (Lelaki dan Wanita) pada 4-6 Jun 2022 di Gelanggang Futsal Tanjung Purun W.P. Labuan. Pertandingan disertai 32 pasukan lelaki dan 5 pasukan wanita.
Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Senator Datuk Haji Bashir Bin Haji Alias, Ahli Dewan Negara dan Pengarah, Jabatan Belia dan Sukan W. P. Labuan, En. Mohamad Syahffie Bin Hj. Japril, turut dihadiri oleh Presiden Persatuan Bola Sepak W. P. Labuan, En Sophian Bin Said, En. Mohamad Syazli Bin Rusli, Penolong Pengarah, Khidmat Pengurusan, Perbadanan Labuan dan En. Mohd. Dzulfaizal Bin Ab. Manan.
Johan bagi kedua-dua acara ini akan mewakili Wilayah Persekutuan Labuan ke Malaysia Sport League Peringkat Kebangsaan. Selain dari Futsal, terdapat 4 lagi acara lain yang akan dilaksanakan secara berterusan iaitu Bola Jaring, Badminton, Sepak Takraw dan Bola Keranjang.


SUMBER: JABATAN BELIA DAN SUKAN WP LABUAN