MAYAT TERAPUNG, DISYAKI MANGSA TERJUN JAMBATAN PERTAMA

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Ketenteraman Awam)

Georgetown, 3 Jun 2022 – Mayat disyaki individu terjun Jambatan Pertama Pulau Pinang semalam ditemui terapung berhampiran Kuala Sungai Semilang, Juru lebih kurang jam 5.30 petang tadi.

Pengarah Maritim Negeri Pulau Pinang, Kepten Maritim Abd Razak bin Mohamed berkata, Operasi Mencari dan Menyelamat (CARILAMAT) yang masuk hari kedua ditamatkan setelah Pusat Operasi Maritim (PUSOP) Negeri Pulau Pinang dimaklumkan penemuan mayat oleh nelayan yang berada di kawasan itu.

Bot Pasukan Bomba dan Penyelamat Sukarela Bukit Bendera membawa mayat mangsa dengan diiringi bot agensi sahabat yang lain ke Jeti Polis Marin Batu Uban untuk proses pengecaman dan sanitasi oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Mayat kemudian diserahkan kepada Balai Polis Perai dan kemudiannya dibawa ke Hospital Besar Pulau Pinang untuk tindakan lanjut.

Maritim Malaysia merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Pasukan Polis Marin Batu Uban, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Angkatan Pertahanan Awam termasuk unit Bomba Sukarela Bukit Bendera yang turut serta membantu dalam operasi CARILAMAT ini.

Operasi CARILAMAT yang masuk hari kedua membabitkan lima sektor pencarian dengan keluasan 35.76 batu nautika persegi ditamatkan pada jam 7.45 malam.

Sumber:

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA – AB RAUF

Ayer Keroh – Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut