Alhamdulillah, stok darah di Kelantan sekarang sangat baik (cukup untuk 7 hari).
Terima kasih kepada semua yang telah menderma darah. Tak lupa juga kepada penganjur program derma darah.
Penderma kumpulan AB dan B diminta untuk menangguhkan dahulu pendermaan selama seminggu kerana stok sekarang melebihi paras optimum, dan untuk mengelakkan darah luput tarikh (expired).
Penderma A dan O dialu-alukan untuk menderma seperti biasa.