MALAYSIA MENDAHULUI INDEKS PELANCONGAN MUSLIM GLOBAL

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 9: Pengiktirafan Anatrabangsa (Komitmen Antarabangsa)

Berdasarkan kepada Indeks Pelancongan Muslim Global (GMTI) Mastercard-CrescentRating 2022, Malaysia sekali lagi mendahului senarai destinasi percutian mesra Muslim terbaik untuk pelancong Muslim. Negara-negara lain seperti Turki, Arab Saudi dan Indonesia pula berada di kedudukan kedua manakala Singapura terus menjadi destinasi pelancongan mesra Muslim teratas dalam kalangan destinasi bukan ahli Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) diikuti Taiwan, Thailand dan United Kingdom. GMTI menjejaki kesihatan dan pertumbuhan destinasi pelancongan mesra Muslim dalam empat bidang strategik: akses, komunikasi, alam sekitar dan perkhidmatan.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif CrescentRating & HalalTrip Fazal Bahardeen berkata GMTI 2022 telah menyenaraikan 138 destinasi mengenai cara untuk memanfaatkan pasaran pelancongan Muslim untuk mempercepatkan pemulihan. Beliau memaklumkan, ketibaan pelancong Muslim antarabangsa mencecah 160 juta pada 2019 dan selepas gangguan pada 2020 dan 2021. Piohaknya turut mengunjurkan ketibaan pelancong Muslim akan mencecah 140 juta pada 2023 dan kembali kepada paras pada 2019 iaitu 160 juta pada 2024.

 

Sumber:

Harian Metro

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA – AB RAUF

Ayer Keroh – Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut