MAJLIS KEROHANIAN BACAAN YASSIN & TAHLIL KPDNHEP KELANTAN

 

KOTA BHARU 02 Jun : Pejabat KPDNHEP Negeri Kelantan telah mengadakan Majlis Bacaan Yassin dan Tahlil telah diadakan secara bersemuka dan juga dalam talian melalui pautan secara maya disini hari ini.
Majlis bermula pada jam 0845 pagi ini melibatkan warga kerja KPDNHEP Negeri Kelantan yang bertugas di pejabat dan yang menjalankan tugasan luar.
Matlamat utama majlis diadakan keatas almarhum Mohd Afizi bin Ahmad yang telah pergi menemui penciptanya dan semoga bacaan doa serta usaha kecil kami semua ini mendapat redha Allah SWT serta disampaikan pahala buat Allahyarham.
Semoga amalan yang dilakukan ini beroleh keberkatan dengan harapan agar Allah SWT menyampaikan pahala bacaan ini kepada Almarhum yang telah kembali ke Rahmatullah selain itu satu daripada aktiviti kerohanian warga kerja KPDNHEP Negeri Kelantan.
Majlis yang dipimpin oleh YBrs. Tuan Haji Wan Marzuki bin Hj Wan Abd Kadir dan turut bersama YBrs. Tuan Aswadi bin Jaafar, Ketua Pegawai Penguat Kuasa Negeri sempat menyampaikan amanat kepada semua warga kerja KPDNHEP Negeri Kelantan.
Turut hadir bersama YBrs. Puan Suhaida binti Suhaimi, Ketua Seksyen Pendayaupayaan Pengguna, Ketua-ketua Seksyen, Ketua-ketua Cawangan dan warga kerja KPDNHEP Negeri Kelantan.
Semoga amalan yang dilakukan ini beroleh keberkatan serta mendatangkan kerahmatan kepada keluarga Pejabat KPDNHEP Kelantan. InsyaAllah.

Artikel/Berita Terkini

JURUTERBANG RUGI HAMPIR RM200,000 TERPEDAYA PAKEJ HAJI PALSU

Seorang juruterbang wanita di sebuah syarikat penerbangan mengalami kerugian hampir RM200,000 selepas terpedaya dengan tawaran pakej haji yang tidak wujud …
Maklumat Lanjut

STPM 2024: NEGERI SEMBILAN LEPASI PNGK KEBANGSAAN BUAT PERTAMA KALI

Negeri Sembilan mencipta sejarah tersendiri apabila buat pertama kali melepasi Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) Kebangsaan iaitu 2.85 bagi peperiksaan …
Maklumat Lanjut

600 ANJING TERBIAR DITANGKAP SETAKAT MEI – MBS

Sebanyak 600 ekor anjing terbiar telah berjaya ditangkap oleh kontraktor yang dilantik Majlis Bandaraya Seremban (MBS) dalam tempoh lima bulan …
Maklumat Lanjut